ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan negeri hari ini memaklumkan bahawa kawasan Simpang Kuala di sini, telah diisytiharkan mengalami wabak Chikungunya. Perkembangan itu sekali gus menjadikan dua tempat di daerah Kota Setar mengalami wabak tersebut, selepas kawasan yang pertama iaitu berhampiran deretan kedai berhampiran City Plaza di sini, sejak 24 Jun lalu. Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, kawasan berhampiran deretan kedai di City Plaza merekodkan pertambahan sembilan kes…










