Shamsul Iskandar kali terakhir hubungi Haziq Selasa lalu - Utusan Malaysia

Shamsul Iskandar kali terakhir hubungi Haziq Selasa lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin memaklumkan kali terakhir beliau menghubungi Setiausaha Sulit Kanannya, Haziq Abdullah Abdul Aziz pada Selasa lalu.

Shamsul Iskandar berkata, beliau menghubungi Haziq Abdullah ketika berada di Yangon, Myanmar, namun ia hanyalah berkaitan urusan kerja.

Berhubung isu video lucah pula, beliau telah menghantar mesej menerusi WhatsApps untuk meminta dia hadir ke pejabat sebelum berangkat pulang ke tanah air.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia agar kita mengadakan perbincangan, tetapi malangnya dia tidak balas mesej tersebut,” katanya.

Ujar Shamsul Iskandar lagi, pihaknya telah menghubungi keluarga Haziq Abdullah setelah pegawai itu gagal dikesan.

“Saya difahamkan keluarga tiada komunikasi dengan beliau, mereka tidak tahu dimana dia berada.

“Dan tentulah keluarga beliau sedih dengan apa yang berlaku, jadi sebagai majikan saya telah minta pegawai untuk memenangkan keadaan kerana kita semua sedia maklum keluarga datang dahulu,” katanya.

Ujar Shamsul Iskandar, Haziq Abdullah didapati telah tidak masuk ke pejabat sejak Selalu dan boleh dikatakan pegawainya itu tidak hadir tanpa cuti.

Semalam, Haziq Abdullah mendakwa terlibat sama dalam video terbabit dilaporkan tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat dalam aksi tersebut bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mengaku namanya sebagai Haziq Aziz mendakwa video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan.

Haziq Abdullah tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia adalah lelaki melakukan seks sejenis bersama menteri itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini