Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat meninggal dunia - Utusan Malaysia

Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Allahyarham Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman yang kembali ke rahmatullah hari ini.

TANGKAP layar ciapan Abdul Hadi yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Wan Ahma
TANGKAP layar ciapan Abdul Hadi yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman hari ini.

Beliau juga mengajak semua pihak untuk mendoakan agar Allahyarham dilimpahi rahmat Ilahi, diampunkan dosa dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan para syuhada.

“Mendapat perkhabaran berita petang ini, Wan Ahmad Rasyidi telah kembali ke rahmatullah di Hospital Dr. Hamid Sulaiman Al-Ahmadi Madinah Munawwarah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham semoga sabar dan tabah menghadapi ujian ini.

“Jasa dan pengorbanannya untuk perjuangan Pas tidak akan dilupakan sebagai seorang petugas parti yang komited dan istiqamah,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Twitter miliknya di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini