JOHOR BAHRU -Suasana di pusat gerakan operasi pemantauan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini, lengang tanpa kehadiran pesakit baharu yang mendapatkan rawatan. Tinjauan Kosmo! di Stadium Tertutup MPPG setakat pukul 2 petang tadi mendapati hanya kakitangan daripada jabatan berkaitan sahaja yang bersiap sedia menghadapi situasi yang tidak diduga. Difahamkan pusat gerakan ini dibuka untuk sebarang kes kecemasan selain klinik kesihatan yang dibuka sehingga pukul 10 malam…










