Sembilan penagih ditahan - Utusan Malaysia

Sembilan penagih ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Sepuluh pekerja buruh ditahan selepas disyaki terlibat dengan dadah dalam operasi khas di Jalan Rapong, Debak, Betong, Sarawak, kelmarin.

Dalam serbuan bermula pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari itu, kesemua lelaki berusia 17 hingga 42 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Superintenden Sahar Abdul Latif berkata, hasil saringan ujian air kencing mendapati sembilan daripada sepuluh suspek positif dadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua mereka yang didapati positif dadah ditahan lanjut untuk disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1953.

“Semakan rekod jenayah lampau juga mendapati empat daripada suspek mempunyai rekod jenayah di bawah ADB 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti penyalahgunaan dadah juga boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran dan butir peribadi pemberi maklumat akan dirahsiakan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini