KHARTOUM 8 Jun – Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed menggesa peralihan kuasa secara demokratik di Sudan dipercepatkan semasa beliau mengadakan pertemuan dengan pemimpin tentera dan penunjuk perasaan, semalam. Usaha itu dibuat selepas tindakan kekerasan tentera terhadap penunjuk perasaan menyaksikan lebih 113 orang maut dengan 52 daripadanya mati akibat terkena peluru hidup di Khartoum, Isnin lalu. Abiy yang merupakan pemimpin utama rantau Afrika tiba di Sudan bagi menghidupkan semula rundingan antara pemimpin tentera dan pemimpin penunjuk perasaan selepas Kesatuan Afrika menggantung keanggotaan Sudan sehingga tentera mengembalikan semula pemerintahan awam. Beliau berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya