PULAU PINANG – Satu lagi demonstrasi aman diadakan di perkarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini bagi membantah cadangan jajaran LRT Bayan Lepas yang didakwa menjejaskan tapak asal Masjid Sungai Nibong Besar dan tanah perkuburan Islam di situ. Sebelum ini, pada 21 Jun lalu, lebih 100 umat Islam bertindak mengadakan demonstrasi aman, juga di perkarangan Komtar bagi membantah cadangan jajaran LRT Bayan Lepas di kawasan hadapan masjid…










