Samsung Malaysia Electronics bersama rakan kongsi pengedaran tunggalnya, Shopee baru-baru ini memperkenalkan telefon pintar, Samsung Galaxy M20. Model pertama secara eksklusif itu dijual dalam talian sempena Hari Jenama Super Samsung di Shopee. Samsung Galaxy M20 merupakan telefon pintar berdaya saing pertama yang dilengkapi bateri berkuasa 5,000mAh yang dijual pada harga di bawah RM1,000. Presiden Samsung Malaysia Electronics, Yoonsoo Kim berkata, paradigma jualan itu berdasarkan trend peralihan cara pembelian pelanggan yang…










