KUALA LUMPUR – Umat Islam disaran agar tidak berlebih-lebihan dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata, konsep menyambut Syawal sepatutnya bergantung kepada kemampuan diri masing-masing, dan secara sederhana. “Setiap individu seharusnya mengukur baju di badan sendiri. Perbezaan pekerjaan masing-masing mendorong kepada perbelanjaan menyediakan pakaian, makanan dan minuman kepada tetamu mengikut kemampuan namun jangan sampai melakukan…










