Saman isu royalti minyak Kelantan selesai sepenuhnya - Utusan Malaysia

Saman isu royalti minyak Kelantan selesai sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap kerajaan pusat berhubung tuntutan royalti minyak diselesaikan sepenuhnya hari ini.

Ia selepas kerajaan negeri melalui peguamnya Aleeya Elyana Ahmad Mahreez menarik balik saman tersebut di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Dengan penarikan saman atas persetujuan pihak-pihak tersebut, Hakim Datuk Ahmad Bache membatalkan saman berkenaan tanpa sebarang perintah kos termasuk tiada kebebasan untuk memfailkan semula tindakan sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 21 Mei lalu, Kerajaan Negeri Kelantan telah menarik balik saman sama terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Pada 30 Ogos 2010, kerajaan negeri memfailkan saman dengan menamakan Petronas sebagai defendan kerana mendakwa syarikat minyak itu melanggar kontrak pembayaran royalti kepada plaintif (Kelantan) berhubung pendapatan minyak.

Dalam saman itu, Kerajaan Kelantan menuntut Petronas membayar tunggakan dan pembayaran tunai masa depan bagi petroleum yang dikeluarkan di pesisir negeri itu seperti yang ditetapkan dalam perjanjian cari gali petroleum.

Kerajaan negeri turut menuntut bayaran ganti rugi dengan kos, bagaimanapun tidak menyatakan jumlah spesifik tuntutan terhadap syarikat minyak dan gas nasional itu.

Kerajaan negeri berkata, Perjanjian Petroleum Kelantan yang dimeterai pada 9 Mei 1975 jelas tertera Petronas harus membayar secara tunai lima peratus daripada hasil minyak, sama ada daripada usaha carigali di kawasan pantai atau di pesisir pantai.

Jelasnya, satu klausa perjanjian itu menjelaskan bayaran harus dibuat dua kali setahun, pada/atau sebelum 1 Mac dan pada/atau sebelum 1 September.

Bagaimanapun, kerajaan Persekutuan kemudian berjaya dalam permohonan untuk menjadi pencelah dan dinamakan sebagai defendan kedua.

Pada Oktober tahun lalu, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri menarik balik saman itu kerana keyakinan terhadap ketetapan dinyatakan Perdana Menteri Tun Dr Mahahir Mohamad untuk mengagihkan royalti kepada kerajaan negeri. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini