Saham Xin Hwa turun susulan dapatan semakan semula KPMG - Utusan Malaysia

Saham Xin Hwa turun susulan dapatan semakan semula KPMG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Jun – Saham Xin Hwa Holdings Bhd. turun 0.67 peratus susulan dapatan semakan semula oleh juruaudit luaran yang mendedahkan penyelewengan kewangan.

Saham Xin Hwa Holdings Bhd. turun 0.67 peratus susulan dapatan semakan semula oleh juruaudit luaran yang mendedahkan penyelewengan kewangan.

Pada pukul 10.12 pagi, saham syarikat itu turun setengah sen kepada 74.5 sen sesaham dengan 5,000 lot diniagakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Syarikat logistik itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia semalam berkata, KPMG Management & Risk Consulting Sdn. Bhd. yang dilantik pada 14 Februari tahun ini telah menjalankan semakan semula bebas susulan dakwaan penyelewengan dalam beberapa urus niaga dan pembayaran syarikat itu.

Katanya, semakan itu telah selesai dan dapatannya diserahkan kepada Lembaga Pengarah.

Dapatan itu mendapati sejak dua tahun lepas dana syarikat telah digunakan untuk tujuan perbelanjaan peribadi.

Ia juga mendapati tiga daripada lapan dakwaan itu berasas atau dapat dibuktikan.

Menurut KPMG, semakan semula itu juga mendedahkan pembayaran dividen anak syarikat Xin Hwa dibayar kepada pihak ketiga dan bukannya pemegang saham berdaftar tetapi perancangan itu adalah bertujuan untuk melunaskan hutang peribadi dengan arahan daripada pemegang saham berdaftar. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini