KUALA LUMPUR – Pasukan futsal lelaki Akademi Rusham FC muncul pasukan kedua terbaik dalam kategori bawah 12 tahun Grand Final Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2019 yang berlangsung minggu lalu. Kejayaan itu juga turut membawa tuah kepada empat pemain pasukan tersebut apabila terpilih untuk mewakili Malaysia ke Kejuaraan Milo di Barcelona. Dalam aksi final yang berlangsung di Sport planet Subang Jaya, Rusham FC tewas tipis 1-2 kepada SAA All Stars…