Rumah terbuka Aidilfitri TPM, Ahad ini - Utusan Malaysia

Rumah terbuka Aidilfitri TPM, Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Orang ramai dipelawa memeriahkan Rumah Terbuka dan Sambutan Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail Ahad ini.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam satu kenyataan memaklumkan, sambutan rumah terbuka Ahli Parlimen berkenaan akan diadakan pada pukul 2 petang di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah dekat sini.

“Orang ramai dialu-alukan hadir memeriahkan rumah terbuka ini untuk berpeluang beramah mesra dengan TPM. Rumah terbuka ini dibuka kepada semua pengunjung sehingga pukul 5 petang,” menurut MPAJ. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini