Rooney jadi jurulatih? - Utusan Malaysia

Rooney jadi jurulatih?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Wayne Rooney memberitahu dia menerima tawaran sebagai jurulatih meskipun masih beraksi bersama kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS), DC United.

Legenda England itu menerima tawaran daripada beberapa kelab England dan MLS yang berminat untuk khidmatnya.

Bekas penyerang Manchester United itu sedang melengkapkan lesen jurulatih, mengakui dia sedang mempertimbangkan mengenai tawaran untuk terjun ke bidang kejurulatihan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudah tentu saya ada fikir mengenainya. Saya sedang menyempurnakan lesen jurulatih dan apabila saya selesai beraksi saya akan lihat apa peluang yang ada.

“Ada beberapa tawaran dibuat namun buat masa ini saya masih bergelar pemain dan saya mahu menikmatinya dan saya akan pertimbangkan tawaran yang tepat apabila sudah tidak menjadi pemain.

“Ada peluang untuk saya terus menyertai bidang kejurulatihan dan apabila saya bersara, keputusan yang akand ibuat adalah berdasarkan hala tuju kelab tersebut dan cita-cita saya untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri sendiri dan pasukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini