Ronaldo tidak diundang ke perkahwinan Ramos - Utusan Malaysia

Ronaldo tidak diundang ke perkahwinan Ramos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Sergio Ramos menjemput sebahagian besar pemain dan bekas bintang Real Madrid serta Sepanyol ke majlis perkahwinannya hujung minggu ini, namun ada satu nama yang tercicir daripada senarai – Cristiano Ronaldo.

Biarpun mengecapi banyak kejayaan bersama sepanjang sembilan tahun di Bernabeu, namun kapten Real itu dikatakan bersengketa dengan Ronaldo, antara sebab utama yang mendorong bintang Portugal tersebut meninggalkan Real untuk menyertai Juventus.

Menurut akhbar Sepanyol, Marca, Ramos mengundang lebih 500 tetamu dalam majlis perkahwinannya bersama pengacara televisyen, Pilar Rubio di Seville, Ahad ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antara bintang dunia yang berada dalam senarai jemputan termasuklah David Beckham, Gerard Pique dan isterinya, Shakira, selain Iker Casillas yang baru sembuh daripada serangan jantung baru-baru ini.

Kumpulan Rock terkenal Australia, AC/DC dijemput untuk membuat persembahan dalam majlis perkahwinan yang dianggap sebagai ‘the wedding of the year’ Sepanyol yang memakan kos hampir 900,000 pound (RM4.75 juta).

Menurut media Sepanyol, persengketaan antara dua figura besar dalam bola sepak dunia itu sudah berlarutan hampir setengah dekad. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini