KUALA LUMPUR – Seorang remaja wanita maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Batu 24, Apas Balung, Tawau, Sabah, awal pagi tadi. Dalam kejadian pada pukul 3.15 pagi itu, mangsa, Sharynaz Sam @ Samsul, 18, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala. Menurut laporan Utusan Borneo, pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Nor Azizulkifli Mansor berkata, siasatan mendapati kemalangan terbabit berlaku akibat kecuaian penunggang yang gagal mengawal motosikalnya sehingga terbabas sendiri. “Ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal dan membawa seorang pembonceng, iaitu seorang pemuda berusia 24 tahun yang cedera parah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya