Remaja maut motosikal bertembung van - Utusan Malaysia

Remaja maut motosikal bertembung van

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN – Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah van di Kampung Air Hitam, Jalan Bidor hari ini.

Kemalangan berlaku pada pukul 6.55 petang itu menyebabkan mangsa, Mohamad Ikhwan Naim Kamarudin, 19, yang menunggang motosikal jenis Modenas meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, Muhammad Asyraf Mat Isa berkata, pemandu van berkenaan yang merupakan seorang wanita tersepit dalam kemalangan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, tujuh lagi mangsa wanita yang cedera menaiki van jenis Toyota Liteace berkenaan bagaimanapun telah dikeluarkan oleh orang awam.

“Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi kejadian.

“Anggota bomba telah menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa tersepit sebelum menyerahkan kepada pihak polis dan ambulans bagi tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, operasi berkenaan yang tamat pada pukul 8.45 malam turut dihadiri oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Mohd Azroisan Wahab. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini