Remaja maut akibat gelombang haba di Sepanyol - Utusan Malaysia

Remaja maut akibat gelombang haba di Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 28 Jun – Seorang remaja berusia 17 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat fenomena gelombang haba selatan Sepanyol semalam, sekali gus merekodkan kematian pertama akibat fenomena alam tersebut.

Menurut pihak berkuasa, remaja tersebut dilaporkan berasa pening kepala sebelum terjun ke dalam kolam dan tidak sedarkan diri selepas keluar dari kolam berkenaan.

Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital dan doktor mengesahkan dia meninggal dunia selepas menerima rawatan kecemasan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sepanyol kini berdepan dengan suhu panas setinggi 40 darjah celsius dan keadaan itu dijangka berterusan sehingga hujung minggu ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini