Remaja lelaki 19 tahun ditahan rogol gadis bawah umur - Utusan Malaysia

Remaja lelaki 19 tahun ditahan rogol gadis bawah umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR – Seorang remaja lelaki ditahan di Taman Bandar Baru Kampar di sini semalam selepas dipercayai merogol seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun. 

Suspek yang merupakan teman lelaki mangsa itu ditahan selepas mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Tronoh Mines di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang tidak bersekolah itu telah menjalinkan hubungan dengan lelaki berkenaan sejak dua tahun lalu iaitu pada Januari 2017.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua-dua keluarga mereka mengetahui hubungan itu dan mereka juga turut merancang untuk berkahwin.

“Mangsa menyedari dia mengandung selepas membuat ujian kehamilan pada 3 Jun lalu selepas sangsi apabila lima bulan telah tidak datang haid,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Tambah Hasron Nazri, selepas membuat laporan polis, mangsa kemudian merujuk kandungan ke Hospital Kampar sebelum dia disahkan mengandung lima bulan.“Siasatan mendapati mangsa pertama kali mengadakan hubungan seks dengan suspek pada Februari lalu di sebuah rumah di Taman Bandar Baru Kampar.

“Mangsa melakukan hubungan seks tanpa paksaan kerana beranggapan mereka sedang dalam perancangan untuk berkahwin,” Katanya, lelaki tersebut telah dirakam percakapan dan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Sampel darah suspek turut diambil bagi pengesahan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) apabila bayi tersebut lahir kelak.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini