Real sambar pertahanan kiri Lyon - Utusan Malaysia

Real sambar pertahanan kiri Lyon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Real Madrid mengumumkan pembelian terbaharu mereka pada musim panas ini iaitu pertahanan kiri Lyon, Ferland Mendy kelmarin.

Pemain berusia 24 tahun berkenaan menandatangani kontrak selama enam tahun di Santiago Bernabeu dan menjadi pemain kelima menyertai Real selepas pertahanan Portugal, Eder Militao, perancang Belgium, Eden Hazard, bintang muda Brazil, Rodrygo dan penyerang Serbia, Luka Jovic sejak berakhirnya kempen musim lalu.

Real telah membelanjakan sebanyak £344 juta (RM1816.5 juta) secara keseluruhannya untuk lima pemain tersebut termasuk Mendy yang dibeli dengan nilai £49 juta (RM258.7 juta).

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, nilai Rodrygo daripada Santos adalah sebanyak £40 juta (RM211.2 juta), Eder Militao (Porto) £43 juta (RM227 juta) seterusnya Eden Hazard (Chelsea) £150 juta (RM792.1 juta) dan Luka Jovic (Eintracht Frankfurt) £62 juta (RM327.4 juta).

Dalam pada itu, Mendy pula hanya beraksi untuk dua musim bersama Lyon selepas berhijrah daripada Le Havre pada 2017 dan telah menjaringkan tiga gol dalam 79 penampilannya di Ligue 1.

Dia juga telah mendapat panggilan menyertai skuad senior Perancis pada November lalu dan membuat penampilan pertamanya ketika berdepan Uruguay.

Pada masa sama, Mendy juga menjadi sebahagian daripada skuad Les Bleus ketika berdepan Turki dan Andorra dalam aksi Kelayakan Euro 2020 bulan ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini