GUA MUSANG – Pasukan pencari berjaya menemui rangka mayat pertama daripada 12 penduduk Orang Asli suku kaum Batek yang dipercayai meninggal dunia akibat penyakit misteri di Kampung Kuala Koh, di sini semalam.
Tulang tersebut ditemui dalam keadaan berselerakan di atas tanah kira-kira pukul 4.30 petang iaitu selepas dua jam operasi pencarian dimulakan oleh anggota Bahagian Siasatan Forensik Bukit Aman dan pasukan forensik Kementerian Kesihatan dengan dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA) semalam.
Selain itu, pasukan itu turut dibantu Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), penunjuk arah daripada masyarakat Orang Asli suku kaum Batek dan agensi lain bagi menjejaki 12 mayat yang dikebumikan secara adat di dalam hutan di perkampungan Orang Asli itu bagi menyiasat punca kematian mereka.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











