KUALA LUMPUR – Sasaran seramai 30 juta pelancong asing bagi mengutip pendapatan sebanyak RM100 bilion mampu dicapai sekiranya seluruh rakyat Malaysia berperanan sebagai duta pelancongan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, masyarakat perlu bersama kerajaan dalam mempromosikan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2020 dengan menonjolkan keperibadian yang mulia. “Apabila orang asing jatuh cinta dengan sifat keperibadian timur yang kita miliki, dengan sendirinya mereka akan mencari pula seni dan warisan negara kita untuk dihayati dan dinikmati. “Kita harus menjadi negara contoh kepada dunia luar dengan rakyatnya memiliki…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya