BAGAN SERAI – Walaupun kini menjadi parti pembangkang, rakyat masih sayangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, malahan berdasarkan senario politik semasa, rakyat masih menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap BN untuk kembali menjadi kerajaan. Menurutnya, ini disebabkan rakyat kecewa dan muak dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang jelas gagal menunaikan janji untuk membela rakyat. “Orang kampung dan golongan muda yang sedar mereka ditipu…










