KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2019 Peringkat Negeri Perlis yang diadakan di Wisma TNB Kangar tengah hari tadi. Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Ketua (Perkhidmatan Pelanggan) Perlis, Bahagian Retail TNB, Abd. Aziz Yaacob, Pegawai Perhubungan Awam TNB Perlis, Shahidan Zakaria serta kepimpinan tertinggi TNB Perlis. Turut hadir ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya