ASSEN, Belanda – Pelumba Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo mencatat rekod sepusingan yang baharu sewaktu pelumba Perancis itu menempah petak utama dalam sesi kelayakan MotoGP pada Grand Prix Motosikal Belanda di Litar Assen, hari ini. Anak muda berusia 20 tahun itu mencatat masa sepusingan 1 minit 32.017 saat, untuk melengkapkan aksi di depan pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP, Maverick Vinales dan penunggang Suzuki, Alex Rins. Keputusan itu menyaksikan Quartararo buat…










