OTTAWA – Satu puting beliung menumbangkan sejumlah pokok dan merosakkan beberapa buah kediaman ketika membadai Ottawa dan Quebec. Setakat ini, tiada laporan kecederaan berhubung puting beliung tersebut. Pihak berkuasa juga memaklumkan kerosakan yang dialami tidak seteruk September 2018 apabila kawasan sama dilanda puting beliung kuat. Puting beliung tersebut menyebabkan dua orang cedera dan lebih 20,000 penduduk terputus bekalan elektrik. – AFP










