Pura-pura jual getah sebelum samun - Utusan Malaysia

Pura-pura jual getah sebelum samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT – Dua lelaki yang berpura-pura mahu menjual getah bertindak menyamun seorang peraih getah dan membawa lari wang tunai RM2,600 dalam kejadian di sebuah stor getah di Pogoh di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, kedua-dua suspek lelaki tempatan berusia 21 dan 34 tahun itu bagaimanapun berjaya ditangkap di Jementah di sini kira-kira pukul 9.35 malam tadi.

“Ketika kejadian pada pukul 11.27 pagi semalam, kedua-dua suspek datang ke stor itu dengan menaiki motosikal curi dan berpura-pura mahu menjual getah kepada peraih getah berusia 31 tahun itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek merampas parang milik mangsa yang juga pengadu yang diletakkan di atas meja dan mengacukan kepadanya serta merampas dua beg pinggang mengandungi wang tunai RM2,600,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, selepas itu, kedua-dua suspek melarikan diri dengan meninggalkan motosikal curi itu di tempat kejadian. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini