PSC panggil Latheefa minggu depan - Utusan Malaysia

PSC panggil Latheefa minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen untuk Pelantikan Jawatan Awam Utama (PSC) hari ini memutuskan untuk memanggil Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu, Latheefa Koya bagi memberi penjelasan mengenai pendekatannya dalam menerajui agensi tersebut.

Pengerusinya, Wiliam Leong Jee Keen berkata, PSC telah menetapkan tarikh 20 Jun depan bagi mengadakan pertemuan tersebut bagaimanapun bergantung kepada kesediaan Latheefa untuk hadir.

“Kita akan jemput Latheefa hadir pertemuan bersama PSC minggu depan pada pukul 2.30 petang tetapi itu terpulang kepada kesediaannya. Kita akan tanya juga tarikh yang beliau boleh hadir.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jemputan itu bagi memberi peluang kepada Latheefa menjelaskan tiga perkara yang dibangkitkan berhubung pelantikannya.

“Perkara pertama adalah bagaimana Latheefa akan melaksanakan tugasnya secara bebas tanpa pengaruh politik memandangkan ini merupakan lantikan politik, “ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di bilik jawatankuasa di Parlimen, di sini hari ini.

Jelas William, perkara kedua adalah bagi mendapatkan penjelasan Latheefa mengenai cara menjalankan tugas kerana tidak mempunyai pengalaman dalam SPRM.

“Ketiga, kami juga mahu mengetahui visi, cadangan dan usaha beliau dalam meningkatkan kualiti SPRM dan menangani rasuah di negara ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini