Presiden Afrika Selatan disiasat dakwaan rasuah - Utusan Malaysia

Presiden Afrika Selatan disiasat dakwaan rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHANNESBURG – Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa disiasat pemantau anti rasuah negara mengenai sumbangan AS$35,000 (RM145,600) kepada dana kempennya daripada syarikat berhadapan dakwaan rasuah, hari ini.

Ombudsman negara itu, Busisiwe Mkhwebane telah mengeluarkan notis kepada Ramaphosa agar membuat respons dakwaan bahawa beliau melanggar kod etika eksekutif.

Ramaphosa memberitahu Parlimen bahawa bayaran pada Oktober 2017 adalah kepada anaknya, Andile atas kerja konsultansi bagi Bosasa yang dinamakan semula sebagai African Global Operations.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun kemudian beliau menyatakan ia merupakan derma bagi kempennya untuk menjadi pemimpin parti ANC.

Ramaphosa yang berjanji untuk membayar balik dana kempen itu mempunyai masa sehingga 21 Jun bagi respons kepada Mkhwebane. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini