GUA MUSANG – Polis mengesahkan menerima dua laporan kematian mengejut penduduk Orang Asli suku kaum Batek di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir di sini. Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukan, pihaknya mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. Katanya, laporan kematian itu diterima pada 29 Mei lalu dan petang semalam. “Seorang lelaki Orang Asli berusia 30 tahun telah meninggal dunia di sebuah pondok berhampiran Lombong…










