KUALA TERENGGANU – Polis negeri ini memandang serius perbuatan menyebarkan berita palsu terutama melibatkan kes penculikan dan viral di media sosial sehingga menimbulkan ketakutan dan kegemparan kalangan masyarakat. Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Alaudeen Abdul Majid menegaskan, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan perkara itu dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka terbabit. Beliau seterusnya merujuk ‘kes culik’ yang dikatakan berlaku di Kampung Jambu Bongkok, Marang semalam sehingga viral dalam media sosial. Katanya, ‘kes berkenaan’ tersebar dengan meluas kononnya dua budak lelaki berusia 12 tahun nyaris menjadi mangsa culik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya