JAKARTA – Kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International menggesa satu siasatan bebas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan polis Indonesia memukul penunjuk perasaan ketika rusuhan besar-besaran di negara ini pada 22 Mei lalu. Amnesty mendakwa polis telah melakukan ‘pelanggaran hak asasi manusia serius’ termasuklah membunuh penunjuk perasaan. Sekurang-kurangnya sembilan penunjuk perasaan terkorban dan beratus lagi cedera dalam rusuhan terbabit. Pasukan polis menjadi perhatian selepas beberapa video menunjukkan sekumpulan anggota polis memukul seorang…










