IPOH – Polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai terbabit dalam beberapa kes samun di sekitar daerah ini semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Mazuki Mat berkata, lelaki terbabit diberkas di Jalan Kampung Dew, Simpang pada pukul 4 petang. Katanya, tangkapan terhadap lelaki yang memandu kereta jenis Toyota Altis itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Operasi Khas (D8) Kontinjen Perak dan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh. “Semakan terhadap kereta yang dipandu lelaki itu mendapati nombor pendaftaran kenderaan tersebut tidak sama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya