SINGAPURA 15 Jun- Kira-kira 200 pengunjung Plaza Tangs di Jalan Orchard, sini diarah keluar dari pusat beli-belas itu selepas bangunan tersebut terbakar. Channel Asia News yang memetik jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sebagai berkata, bertindak atas panggilan kecemasan pada pukul 8.40 malam, jentera bomba bergegas ke tempat kejadian. “Bagaimanapun api itu berjaya dipadamkan sebelum pasukan bomba tiba,” katanya. Berdasarkan siasatan awal, kebakaran itu berpunca ekoran masalah pendawaian yang memercikkan api. Bagaimanapun katanya, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya