KUALA LUMPUR- Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) digalak mempelbagaikan perniagaan mereka untuk berdepan pasaran yang mencabar. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Datuk Wan Latiff Wan Musa berkata tidak ada tempoh yang sesuai atau tidak sesuai bagi mempertimbangkan pengeksportan produk dan perkhidmatan. “Mengambil kira dunia kini yang tidak boleh dijangka, ketidaktentuan dan kompleks, adalah penting untuk PKS mengurangkan risiko geografi sambil mengembangkan perniagaan menerusi eksport,” katanya kepada…










