PKR akan tentukan kedudukan Haziq - Anwar - Utusan Malaysia

PKR akan tentukan kedudukan Haziq – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kedudukan Haziq Abdul Aziz selaku Setiausa Sulit Kanan (SUSK) kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin akan ditentukan dalam masa terdekat.

HAZIQ ABDUL AZIZ
HAZIQ ABDUL AZIZ 

Perkara itu dimaklumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas selesai Mesyuarat Biro Politik PKR hari ini.

Menurut Anwar, segala keputusan berhubung kedudukan Haziq akan ditentukan oleh Shamsul Iskandar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, mengulas mengenai kedudukan Haziq dalam parti, Anwar memaklumkan perkara itu akan dibincangkan oleh kepemimpinan parti terlebih dahulu.

“Setakat ini kita sedang mengumpul segala maklumat berhubung isu video intim yang tular ketika ini. Hari ini masih belum ada keputusan mengenai tindakan penggantungan sementara.

“Kita mahu perbincangan berterusan dilakukan dan yang lebih penting menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan,” katanya di Ibu pejabat PKR dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini