KOTA BHARU – Pasukan The President Warriors (TPW) berkemungkinan besar ‘bungkus’ daripada meneruskan dalam saingan Piala Presiden 2019, sekiranya Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak melunaskan tunggakan gaji barisan pemain selama tiga bulan selewat-lewatnya esok. Sumber TPW berkata, semua pemain telah mencapai kata sepakat dan bertegas tidak lagi akan turun berlatih selepas Hari Raya Aidilfitri sekiranya KAFA masih bersikap ‘bodoh sombong’ dalam isu tersebut. Menurutnya, surat kepada Bibi Ramjani Ilias Khan selaku Presiden KAFA sudah dihantar bagi menuntut keadilan selepas badan induk itu tidak cakna terhadap kebajikan barisan pemain TPW.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya