PARIS 8 Jun – Tuan rumah, Perancis membuka kempen Piala Dunia Wanita di sini dengan bergaya apabila menewaskan Korea Selatan 4-0 pada aksi pembukaan Kumpulan A awal hari ini sekaligus meletakkan mereka sebagai pilihan untuk muncul juara. Dengan dibantu penyokong tempatan yang penuh sesak di dalam Stadium Parc des Princes, skuad Les Bleues turun tanpa ada rasa belas kasihan ke atas Korea apabila dengan mudah mendahului 3-0 di babak pertama.…










