KUALA LUMPUR – Petronas Chemicals Group dan Scomi Energy Services Bhd. bekerjasama menerusi subsidiari dalam penyelidikan, pembangunan dan pemasaran penyelesaian kimia. Anak syarikat Petronas Chemicals Marketing (Labuan) Ltd. dan Scomi Oiltools Sdn. Bhd. menandatangani perjanjian untuk menandakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) penyelesaian bahan kimia untuk industri minyak dan gas. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals, Datuk Sazali Hamzah berkata, R&D yang bermula pada 2016 kini memasuki perjanjian kedua…










