KUALA LUMPUR – Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Pesta Makanan Jawa @Rumah Terbuka Aidilfitri di Ruang Lobi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat pada 26 Jun ini. – Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat dalam satu kenyataan memberitahu, objektif penganjuran majlis bertujuan mempromosikan keunikan dan keistimewaan makanan Jawa selain meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri. “Turut diadakan dalam majlis yang akan bermula pada pukul 11 pagi itu ialah penyampaian hadiah kepada pemilik tanah bertuah sempena kempen ‘Jom bayar dan Menang’,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya