Pesawat jatuh ketika pertunjukan, juruterbang maut - Utusan Malaysia

Pesawat jatuh ketika pertunjukan, juruterbang maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WARSAW 15 Jun – Seorang juruterbang maut selepas pesawat yang dipandunya terhempas ke dalam sungai Vistula, ketika sedang membuat pertunjukan aerobatik di Poland tengah. AFP yang memetik jurucakap bomba, Edward Mysera sebagai berkata, mangsa yang merupakan warga Jerman itu, ketika kejadian sedang memutarkan pesawat ringan Yak-52 sebelum terhempas di tebing sungai berhampiran. Pasukan perubatan yang berada di lokasi kejadian mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan pelbagai. Ekoran itu, pertunjukan itu terpaksa ditangguhkan bagi memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan. -AFP

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN