SHAH ALAM 29 Jun – Pertandingan Fotografi Shah Alam 2019 bertema Kami Sayang Shah Alam sedang berlangsung sehingga 30 Ogos ini. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, pertandingan tersebut menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM21,000 serta sijil penyertaan kepada para pemenang. “Pertandingan fotografi ini merupakan inisiatif MBSA untuk memberi ruang dan peluang kepada orang ramai menyerlahkan bakat mereka di samping menggalakkan…









