KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat menyaksikan pameran seni ‘Art With Heart 2019’ oleh Kumpulan Perbankan RHB di Bangsar Shopping Centre di sini hari ini. Baginda diiringi anakanda, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Pameran edisi ketiga itu yang bertemakan ‘Diversity and Inclusivity’ menampilkan lebih 100 karya seni daripada 27 pelukis. Ia berlangsung selama seminggu dari 24 Jun hingga…










