Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar berkata, Jabatan Perhilitan negeri kini menjalankan aktiviti mengawal dan memantau di sekeliling kawasan tersebut yang menemukan tiga ekor gajah mati kelmarin. Pihaknya mengesahkan tiga ekor gajah betina yang ditemukan mati di sebatang jalan di Kampung Sri Timur 3 itu adalah akibat diracun. Namun katanya, siasatan lanjut masih dijalankan pasukan forensik Ibu pejabat Perhilitan termasuk jika kematian tiga gajah tersebut melibatkan unsur…










