Perdana Menteri bakal rasmikan AOGC 2019 - Utusan Malaysia

Perdana Menteri bakal rasmikan AOGC 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka merasmikan Persidangan Minyak dan Gas Asia (AOGC) 2019 yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 Jun depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, edisi ke-20 AOGC yang dianjurkan Petronas itu juga kini bersedia untuk menerima kehadiran beberapa pemimpin berpengaruh industri dari seluruh dunia.

Katanya, para penggubal dasar dan ketua-ketua industri minyak dan gas dijangka memanfaatkan AOGC 2019 yang bertemakan ‘Memajukan Masa Depan Tenaga Baharu’ untuk membincangkan perubahan dalam landskap tenaga global.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tun Mahathir dalam satu mesej bagi persidangan itu turut berkongsi ideanya tentang keperluan inovasi di dalam dan di luar industri minyak dan gas untuk membangunkan penyelesaian dalam menangani landskap tenaga yang pantas berubah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini