GUA MUSANG – Kesucian Ramadan yang hampir tiba di penghujung, bagaikan dinodai sikap tidak bertanggungjawab segelintir perantau yang membuang sampah merata-rata ketika mereka dalam perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing. Pemandangan menyakitkan mata kini boleh dilihat apabila banyak sampah-sarap ditinggalkan di lokasi awam di sekitar jajahan ini yang sememangnya kerap menjadi persinggahan para perantau untuk berbuka puasa dan berehat. Sikap tersebut secara tidak langsung menimbulkan persoalan, adakah para perantau ini hanya menjaga kebersihan alam sekitar ketika berada di luar Kelantan dan mengabaikan aspek itu sebaik sahaja masuk ke negeri ini?…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya