KUALA LUMPUR – Perak terus bersaing untuk berada di kelompok empat terbaik apabila berjaya menewaskan Felda United 3-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka. Pasukan pelawat bermula garang apabila membuka tirai jaringan menerusi penyerang dari Brazil, Ronaldo Henrique pada minit ke-22. Giliran J. Partiban menggandakan jaringan buat pasukan The Bos Gaurus pada minit ke-34 untuk meletakkan pasukan pelawat selesa mendahului 2-0 pada babak pertama. Bersambung babak…










