Perak belum mengalah - Utusan Malaysia

Perak belum mengalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Jun – Biarpun ketinggalan dua gol namun jurulatih Perak, Mehmet Durakovic masih belum menyerah kalah sebaliknya bersedia untuk mencipta kebangkitan apabila bertemu Pahang dalam aksi timbal balik separuh akhir Piala FA di Stadium Perak, esok.

Bekas jurulatih dan pemain Selangor itu berkata dia mahu menamatkan kemarau selepas kali terakhir Perak memenangi kejohanan tersebut pada 15 tahun lalu dengan menewaskan Terengganu 3-0.

“Saya menjangkakan aksi sengit pada perlawanan esok. Kami boleh bangkit semula kerana kami masih ada 90 minit kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mental pemain berada dalam keadaan baik malah mereka juga bermotivasi tinggi untuk menghadapi aksi esok. Saya berharap tuah dapat menyebelahi kami dan penyokong dapat memenuhi stadium esok,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada aksi separuh akhir pertama yang berlangsung di Stadium Darul Makmur pada 22 Jun lalu, Perak tewas 1-3 kepada pasukan bimbingan Dollah Salleh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini