KOTA KINABALU – Seorang peragut berjaya ditahan apabila gagal melarikan diri selepas meragut beg tangan seorang wanita warganegara China pada Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, polis menerima laporan pada pukul 9 malam berhubung kes berkenaan. “Suspek merupakan lelaki tempatan berumur 23 tahun ditangkap oleh orang awam selepas mendengar jeritan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Habibi berkata, ketika kejadian mangsa sedang melalui kawasan belakang perpustakaan lama, Jalan Gaya sebelum diragut dari arah belakang. Katanya, mangsa mendapat semula beg tangan yang mengandungi duit dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya