Penyelia kilang rugi RM3,110 - Utusan Malaysia

Penyelia kilang rugi RM3,110

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang penyelia kilang di Jerantut, dekat sini kerugian RM3,110 akibat terpedaya dengan pinjaman tidak wujud yang ditawarkan dalam laman sosial Facebook.

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, sewaktu berada di rumahnya pada 31 Mei lalu, mangsa melayari Facebook dan melihat iklan pinjaman peribadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa berurusan dengan seorang individu dikenali sebagai Angel melalui WhatsApp dan memaklumkan mahu membuat pinjaman berjumlah RM30,000.

“Selepas itu, mangsa memberikan beberapa dokumen peribadi seperti salinan kad pengenalan dan salinan penyata gaji serta gambarnya,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, suspek memberitahu mangsa perlu membuat pembayaran guaman dan pembayaran bulanan berjumlah RM3,110.

“Pada 6 Jun lalu, mangsa memindahkan wang melalui perbankan Internet sebanyak tiga kali ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek yang keseluruhannya berjumlah RM3,110.

“Sehingga kini mangsa tidak menerima wang yang ingin dipinjamnya itu dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut semalam kerana merasakan dirinya telah ditipu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini